Khamis, 2 September 2010

Bebaskan Masjid Al-Aqsa : Perbetulkan Gambar Sebenar


Inilah adalah Masjid Al-Shakhrah


Apa yang ingin saya kongsikan bersama anda semua ialah berkaitan gambar sebenar Masjid Al-Aqsa yang mana banyak media negara ini dan juga luar negara. Kita sentiasa didedahkan dengan gambar Masjid yang berkubah emas. Itulah cara media yang dikuasai pihak Zionis dengan pertolongan dari media-media negara umat Islam sendiri.

Apabila sebut sahaja Masjid Al-Aqsa, maka dimata dan minda kita akan dibayangkan dengan masjid bersegi lapan dan berkubah emas. Maka tidak dinafikan ramai umat Islam telah ditipu yang mana masjid yang dipaparkan sebagai Masjid Al-Aqsa. Sedangkan masjid itu adalah Masjid Al-Shakhrah yang berada tidak jauh dari kedudukan Masjid Al-Aqsa yang sebenar.

Itulah kerja-kerja jahat rejim Zionis dan sekutu-sekutunya melakukan penipuan untuk menganburi umat Islam.
Sedangkan Masjid Al-Aqsa semakin hari semakin banyak kemusnahan yang telah dilakukan oleh rejim Zionis. Sudah banyak terowong-terowong dibina dalam usaha mereka untuk melenyapkan terus Masjid Al-Aqsa secara sistemetik.

Dilaporkan bahawa Masjid Al-Aqsa semakin terhakis hari demi hari kerana banyaknya lorong-lorong dibina disekeliling Masjid Al-Aqsa. Oleh itu harapan saya kepada media massa dan NGO-NGO yang memperjuangkan Masjid Al-Aqsa agar membetulkan kembali gambar yang selalu dipaparkan. Dibawah ini anda boleh melihat dengan jelas antara Masjid Al-Aqsa dan Masjid Al-Shakhrah.

Buat umat Islam yang ada mengantung gambar masjid berkubah emas yang dikatakan Masjid Al-Aqsa agar dapat memikirkan kembali gambar tersebut supaya kita dan generasi kita diberi gambaran yang betul.


Gambar sebenar Masjid Al-Aqsa

Masjid Al-Aqsa yang semakin musnah

Antara Masjid Al-Aqsa dengan Masjid Al-Shakhrah

Kedudukkan sebenar antara Masjid Al-Aqsa dengan Masjid Al-Shakhrah

1 ulasan:

  1. Salam Ramadham.... Untuk makluman saudari, saudari boleh menyiarkan aktikel terbaru saya berkenaan kedudukan sebenar Masjidil al-Aqsa. Semoga kita dapat memberi penerangan kepada umat Islam berkaitan isu tersebut. Selamat berjuang menyambut Aidil Fitri.

    BalasPadam