Ahad, 20 Februari 2011

Sekitar Jom Bowling bersama Nisa' Gopeng (1)


Ucapan aluan dan perasmian oleh SU Nisa' Negeri Perak, Pn. Salina bt Sulaiman. "Tunjukkan wanita Islam juga boleh menyihatkan badan dengan bersukan, asalkan menutup aurat serta menjaga batas susila seorang wanita".

Peserta berkumpul mendengar ucapan perasmian. Bukan setakat remaja, golongan ibu juga hadir sebagai peserta.

Kumpulan Medan Gopeng yang bermain di lane 10. Nisa' bermain di lane 9 hingga 18 (10 lane) dengan 3 orang pemain bagi setiap kumpulan.

Cerianya Nisa' Tapah yang hadir sebagai peserta.

Bukan seorang yang datang, tapi sekeluarga datang memberi sokongan.

Jom lihat peserta yang bersemangat sukan! (2)

Yang penting kita enjoy kan , dik. Senyuman yang bersemangat!

Akak ni pun datang dengan keluarga.

Ahli Nisa' Gopeng yang hadir.


Bola ringan, bola ringan. Pilih dik, pilih.

Pada mulanya, hanya 10 lane dibuka ketika penyertaan awal tetapi disebabkan sambutan yang menggalakkan, 4 lane baru ditambah.

Sabtu, 19 Februari 2011

Jom lihat siapa yang menang!

Kumpulan 4 (Azrina, Noraida dan Izzati) memenangi tempat pertama dengan 558 jatuhan pin. Senyum gembira deme ni bergambar dengan Dr. Tun. Tahniah ye, nanti kita main lagi.

Kumpulan 3 (Fariza, Syawana dan Nabila) memenangi tempat kedua dengan 487 jatuhan pin. Deme ni sekeluarga tau.

Kumpulan 12 (Husna, Nabihah dan Najah) memenangi tempat ketiga dengan 470 jatuhan pin. Berbaloi deme ni tunggu giliran selepas kumpulan awal habis. Jauh datang ni, dari Tronoh.

Comelnya anak. Eh, adik la. Bising pun bole tidur dengan nyenyak.

Penggerak program (AJK Nisa' Gopeng) bergambar bersama Dr. Tun.

Dalam lif pun bole kan. Hehe. Di sebelah kanan ialah K. Yanti, Ketua Nisa' Gopeng. Si kecil tu, anaknya, Khadijah.

Jumaat, 11 Februari 2011

Bolehkah wanita bersukan?


Bolehkah wanita bersukan?

Fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Kesatuan Eropah menerusi Timbalan Pengerusinya, Sheikh Faysal Mawlawi menegaskan bahawa:

“Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam aktiviti sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya.

Menutup aurat juga dituntut untuk atlet Islam dan ini tidak menghalang atlet yang menutup aurat untuk bersaing dengan atlet lain dan mencapai kemenangan,’’ katanya.

Ini terbukti pada kejohanan Olimpik Beijing lalu, di mana beberapa atlet wanita dari negara Islam seperti Homa Hosseini dari Iran dan Shaimaa El-Gammal dari Mesir, tetap menutup aurat mereka walaupun sedang bertarung. pingat emas ketika beraksi di Sukan Asia di Doha, Qatar pada 2006.

Pertandingan Bowling Nisa' Gopeng 2011

Jom kita sebarkan aktiviti ini bersama-sama. Muat turun (download) flyers di http://www.uploadmb.com/dw.php?id=1297484995

Ajak kawan-kawan, adik, kakak..asalkan perempuan :)