Rabu, 10 November 2010

JOM MAIN BOWLING...

PARA REMAJA PEREMPUAN SEKITAR IPOH DIPELAWA MENYERTAI
PERLAWANAN BOWLING
DI IPOH PARADE
JAM 10.30 PAGI - 13 NOV 2010
BAYARAN : RM6 SEORANG

Selasa, 5 Oktober 2010

Bahaya Menangguhkan Ketaatan

Setiap manusia terdedah oleh pelbagai bencana dan pekerjaan yang tiada akhirnya.Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Rebutlah 5 peluang sebelum datangnya 5 ancaman.
1) Muda sebelum tua
2) Sihat sebelum sakit.
3) Lapang sebelum sibuk.
4) Kaya sebelum miskin.
5) Hidup sebelum mati.

"Segerakanlah mengerjakan amal-amal soleh sebelum kamu sibuk, dan adakanlah perhubungan kamu dengan tuhanmu dengan perbanyakkan zikir."(H.R Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah lagi" Kebanyakan manusia terpedaya dalam 2 nikmat:iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang" (H.R Bukhari,Tarmizi dan Ibnu Majah)


Kita sentiasa dilalaikan dengan aktiviti-aktiviti yang merugikan dan lagha(perbuatan yang sia-sia).Adapun mengharapkan keampunan dan bercita-cita masuk syurga ALLAH tanpa usaha dan amal adalah perkara yang bodoh dan keliru.

ALLAH berfirman yang maksudnya" Barang siapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka,padahal Syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain tipuan belaka."An-Nisa:119-120

Khamis, 30 September 2010

Berbaktilah pada orang tuamu.


Allah telah memerintahkan berbakti dan berbuat baik pada orang tua serta larangan menderhaka terhadap mereka.Allah SWT berfirman; Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya.

Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai umur lanjut dalam peliharaanmu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan 'AH' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan lah kepada mereka perkataan yang mulia.Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayangmu dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku,kasihilah mereka berdua,sebagaimana mereka berdua mengasihiku dan mendidikku waktu kecil."(Al-Israa;23-24)

Rasulullah saw sabda," Ridha Allah ada dalam redha kedua orang tua dan murka Allah ada dalam murka kedua orang tua."(hadis sahih diriwayatkan oleh At-tirmizi,Ibnu Hibban, Hakim,Ath-Thabrani dan Al-Bazzar.

Kesimpulannya,hak orang tua adalah hak yang paling besar setelah hak Allah dan rasulnya.Oleh itu,berbaktilah dan berbuat baiklah kepada mereka.sentiasalah menjaga hati dan perasaan mereka.Semoga rehda Allah akan selalu bersama kita.

Selasa, 28 September 2010

Ramalan -ramalan Rasulullah tentang akhir zaman.

Rasul ibarat bulan purnama,
cahaya penuhi alam buana
indah berseri cantik purnama
untuk menambah cahaya di dunia.


Antara ramalan-ramalan Rasulullah tentang akhir zaman :

1) Umat Islam jadi rebutan.
2) Islam tinggal hanya pada nama dan Al-quran tinggal tulisannya.
3) Tidak mempedulikan halal dan haram
4) Mementingkan diri sendiri.
5) Banyak fitnah dan menjual agama dengan dunia.
6) Dua golongan penghuni neraka.
a) Pemimpin yang zalim berbuat sewenang-wenangnya.
b) perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang.
7) Mensia-siakan amanah.
8) Orang miskin dan fakir berlumba-lumba untuk membangun.
9) Dua pemilihan:kelemahan atau kemaksiatan.
10) Dengan ilmu untuk menolak fitnah.
11) Lisannya manis tapi hatinya seperti serigala.
12) Membantu kedustaan dan kezaliman pemimpin yang zalim.
13) Sabar menghadapi pemimpin yang maksiat
14) mencari kehidupan dengan maksiat.
15) Tiga perkara lebih agung di akhir zaman .
a) Dirham yang halal
b) hubungan sesama saudara yang baik
c) berpegang kepada sunnah nabi Muhammad.
16) Tidak ada lagi yang mahu menerima sedekah.
17) Munculnya penentang sunnah.
18) Riba dianggap jual-beli.
19) Hilangnya ilmu agama.
20) Berlakunya rogol dan zina hanya di tepi-tepi jalan.
21) Islam akan kembali asing.
22) Hubungan dengan ALLAH semakin jauh.
23) Membaca al-Quran seperti meminum susu.
24) Pemimpin malas mengerjakan solat.
25) Bakhil dan pembunuhan berleluasa.
26) Lima perkara menyebabkan siksa:
a) zina terang-terangan.
b) Tidak membayar zakat.
c) Menipu dalam timbangan dan sukatan jual beli.
d) pemimpin menghukumi pesalah bukan berpandukan hukum Al-Quran.
e) Mensia-siakan dan menghina kitab ALLAH dan sunnah nabi.cth: bakar Al-Quran.

fikirkanlah...adakah lagi ramalan-ramalan Rasulullah yang belum berlaku pada zaman sekarang. zaman yang kita bangga-banggakan...wallahu a'lam.

Khamis, 23 September 2010

Alam semesta membuktikan ada pencipta.

Laut yang berombak dan angin yang bertiup itu bergerak dalam sistemnya sendiri.Bagitu juga dengan planet dan bintang yang bertaburan di angkasa.Semut-semut yang melata di bumi juga sentiasa berada dalam sistem mereka sendiri yang tersusun rapi.Semut sangat kecil tetapi begitu pandai beratur dalam barisan yang panjang,mengangkut makanan dan membina sarang.

Malah,jantung yang berdegup dalam badan kita juga berdegup mengikut sistemnya yang tersendiri seperti yang telah diciptakan.Kita sendiri tidak mampu mengawal jantung itu walaupun jantung itu jantung kita.kita sendiri tidak tahu berapa kali ia berdegup dalam sehati.selagi kita tidakduduk diam, mendengar dan membilang degupan itu satu persatu.

Ada masanya kita menghadapi perkara2 yang susah dan menyedihkan.Semua usaha dan ikhtiar yang kita lakukan tidak menampakkan hasil.Oleh sebab itu,kita terus menadah tangan,berdoa dan mengharap kepada ALLAH supaya menghilangkan beban yang kita tanggung.

Biarpun kita tak pernah bertemu ALLAH,kita tetap yakin dan percaya kepada kuasa ALLAH..dengan itu,tanpa malu-malu dan tanpa paksa kita berulang-ulang kali meminta kepada ALLAH.Meminta dan terus meminta...itulah dia sifat seorang hamba..namun,adakah kita selalu meminta di kala senang?mungkin jawapannya tidak.kerana dalam diri masih ada sifat sombong yang kononnya kita bleh berjaya dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa pn..sedarlah wahai insan yang dhaif...

Isnin, 6 September 2010

Tanda-Tanda Kecil Kiamat.

Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis
1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai

5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”- Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim

Wahai saudara-saudaraku, marilah berfikir sejenak… yang mana sudah ada petanda pada hari ini? Ya Rabbi, ampunilah mereka yang beriman denganMu, moga hambamu ini bukan dikalangan manusia yang dimurkai.

Khamis, 2 September 2010

Bebaskan Masjid Al-Aqsa : Perbetulkan Gambar Sebenar


Inilah adalah Masjid Al-Shakhrah


Apa yang ingin saya kongsikan bersama anda semua ialah berkaitan gambar sebenar Masjid Al-Aqsa yang mana banyak media negara ini dan juga luar negara. Kita sentiasa didedahkan dengan gambar Masjid yang berkubah emas. Itulah cara media yang dikuasai pihak Zionis dengan pertolongan dari media-media negara umat Islam sendiri.

Apabila sebut sahaja Masjid Al-Aqsa, maka dimata dan minda kita akan dibayangkan dengan masjid bersegi lapan dan berkubah emas. Maka tidak dinafikan ramai umat Islam telah ditipu yang mana masjid yang dipaparkan sebagai Masjid Al-Aqsa. Sedangkan masjid itu adalah Masjid Al-Shakhrah yang berada tidak jauh dari kedudukan Masjid Al-Aqsa yang sebenar.

Itulah kerja-kerja jahat rejim Zionis dan sekutu-sekutunya melakukan penipuan untuk menganburi umat Islam.
Sedangkan Masjid Al-Aqsa semakin hari semakin banyak kemusnahan yang telah dilakukan oleh rejim Zionis. Sudah banyak terowong-terowong dibina dalam usaha mereka untuk melenyapkan terus Masjid Al-Aqsa secara sistemetik.

Dilaporkan bahawa Masjid Al-Aqsa semakin terhakis hari demi hari kerana banyaknya lorong-lorong dibina disekeliling Masjid Al-Aqsa. Oleh itu harapan saya kepada media massa dan NGO-NGO yang memperjuangkan Masjid Al-Aqsa agar membetulkan kembali gambar yang selalu dipaparkan. Dibawah ini anda boleh melihat dengan jelas antara Masjid Al-Aqsa dan Masjid Al-Shakhrah.

Buat umat Islam yang ada mengantung gambar masjid berkubah emas yang dikatakan Masjid Al-Aqsa agar dapat memikirkan kembali gambar tersebut supaya kita dan generasi kita diberi gambaran yang betul.


Gambar sebenar Masjid Al-Aqsa

Masjid Al-Aqsa yang semakin musnah

Antara Masjid Al-Aqsa dengan Masjid Al-Shakhrah

Kedudukkan sebenar antara Masjid Al-Aqsa dengan Masjid Al-Shakhrah

Rabu, 1 September 2010

Memburu Malam Yang Indah di Bulan Yang Penuh Berkah


Assalamualaikum Nisa' semua

Sedar tidak sedar kita semakin menghampiri kepada 10 Ramadhan yang terakhir.Bagi mereka- mereka yang sentiasa beramal dan meningkatkan amalan di bulan yang mulia ini,pasti tidak mahu ketinggalan untuk mengakhiri ramadhan ini dengan memburu lailatul qadar, satu malam gilang-gemilang yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam yang begitu agung dalam kerajaan langit sehingga diabadikan dalam suatu surah al-Quran yang khusus untuk mengisytiharkan keistimewaannya iaitu surah al-Qadr.

Bagi mereka yang sentiasa menjadikan urusan amal ibadah sebagai tumpuan perhatian dan kebimbangan mereka, inilah satu tawaran istimewa daripada Allah SWT .

Sangat malanglah bagi seorang hamba yang dikurniakan hadiah begitu berharga daripada Tuhannya sendiri tetapi tidak mengendahkannya atau tidak menerimanya dengan baik.

Memang lailatul qadar adalah suatu hadiah atau anugerah bagi umat ini. Para ulama meriwayatkan pelbagai riwayat bagaimana lailatul qadar dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana mengambil kira jangka hayat umat ini yang jauh lebih pendek berbanding umur umat sebahagian nabi-nabi terdahulu.

Jadi marilah kita sama-sama berusaha untuk terus beramal dipenghujung Ramadhan ini.

Antara TIPS bagi memburu lalilatul qadar

  1. Sediakan diri kita untuk menghidupkan malamdengan ibadah, sejak daripada waktu siang lagi.
    Kurangkan atau jauhkan diri daripada membuat perkara yang sia-sia. Perbanyakkan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah seperti zikir dan tadarus Al Quran. Tidur sebentar (khailullah) pada waktu siang dengan niat untuk memudahkan kita bangun di malam hari. Apabila persediaan dimulakan bermula di siang hari lagi, maka dengan izin dan rahmat kasih sayang Allah swt, Dia akan permudahkan kita untuk bangun tahajud kerana niat telah pun dipasang sejang di awal hari lagi.
  2. Baca buku yang mengandungi kelebihan-kelebihan Lailatul Qadar.
    Seelok-eloknya, bacakan buku ini kepada orang lain. Dan sekiranya tidak, bacalah dengan suara yang agak kuat untuk diri sendiri. Lebih banyak kita yakin terhadap janji-janji Allah dalam sesuatu amalan, maka semakin kuatlah diri kita untuk menanggung segala kesusahan sewaktu menjalani ibadah tersebut. Buku yang sangat disyorkan ialah Kitab Fadhilat Ramadhan, karangan Sheikhul Hadis Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya (rah.a)
  3. Ceritakan kepada orang lain mengenai kelebihan-kelebihan Lailatul Qadar.
    Selitkan dalam perbualan harian kita tentang kisah-kisah kelebihan Lailatul Qadar. Ceritakanlah kelebihan malam ini kepada orang lain, meskipun kita sendiri masih belum mempunyai kekuatan untuk bangun tahajud di tengah malam. Mudah-mudahan, dengan banyaknya kita menceritakan / mendakwahkan kelebihan malam ini, Allah swt akan beri kita kekuatan untuk bangun pada malam tersebut.
  4. Ceritakan kepada anak mengenai qiamulail / tahajud / lailatul qadar.
    Tidak kisahlah berapa pun umur anak itu, tidak kira samada dia dapat memahaminya atau pun tidak, kerana niat kita, adalah untuk memperbaiki diri sendiri.
  5. Berniatlah sebelum tidur untuk bangun tahajud.
    Tidak pernah rugi, apabila kita memasang niat yang baik. Seandainya, kita terlepas daripada mengerjakan sebarang amalan pada malam tersebut, Allah swt telah pun memberikan kita pahala tahajud kerana niat kita tadi. (Fadhilat ini ada diceritakan dalam hadis)
  6. Untuk yang istiqamah mengerjakan witir selepas terawih/sebelum tidur, anjakkan waktu witir selepas waktu tahajud.
    Disebabkan kita yang telah biasa menutup segala ibadah kita dengan witir, tetapi belum lagi melakukannya sebelum tidur, maka kita akan termotivasi untuk bangun di malam hari meskipun hanya untuk mengerjakan satu rakaat solat witir.
  7. Peruntukkan 10 malam terakhir ini untuk iktikaf di masjid (bg lelaki).
    Jika kita baca kelebihan-kelebihan iktikaf, sememangnya kita mengakui bahawa ia adalah yang dikatakan oleh Allah swt sebagai “ajrun a’zimun” (ganjaran yang sangat besar). Bila Allah swt kata, “a’zimun“, maka kita tidak dapat bayangkan betapa besar pahala yang Allah swt telah sediakan untuk amalan ini. Bagi wanita pula, jangan bersedih, kita boleh berniat iktikaf di rumah. Dan insyaAllah, pahala akan berganda, bila kita dapat galakkan suami kita untuk iktikaf di masjid. (sumber : http://anakkusoleh.com)
Wallahua'lam