Jumaat, 11 Februari 2011

Bolehkah wanita bersukan?


Bolehkah wanita bersukan?

Fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Kesatuan Eropah menerusi Timbalan Pengerusinya, Sheikh Faysal Mawlawi menegaskan bahawa:

“Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam aktiviti sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya.

Menutup aurat juga dituntut untuk atlet Islam dan ini tidak menghalang atlet yang menutup aurat untuk bersaing dengan atlet lain dan mencapai kemenangan,’’ katanya.

Ini terbukti pada kejohanan Olimpik Beijing lalu, di mana beberapa atlet wanita dari negara Islam seperti Homa Hosseini dari Iran dan Shaimaa El-Gammal dari Mesir, tetap menutup aurat mereka walaupun sedang bertarung. pingat emas ketika beraksi di Sukan Asia di Doha, Qatar pada 2006.

Pertandingan Bowling Nisa' Gopeng 2011

Jom kita sebarkan aktiviti ini bersama-sama. Muat turun (download) flyers di http://www.uploadmb.com/dw.php?id=1297484995

Ajak kawan-kawan, adik, kakak..asalkan perempuan :)

Rabu, 10 November 2010

JOM MAIN BOWLING...

PARA REMAJA PEREMPUAN SEKITAR IPOH DIPELAWA MENYERTAI
PERLAWANAN BOWLING
DI IPOH PARADE
JAM 10.30 PAGI - 13 NOV 2010
BAYARAN : RM6 SEORANG

Selasa, 5 Oktober 2010

Bahaya Menangguhkan Ketaatan

Setiap manusia terdedah oleh pelbagai bencana dan pekerjaan yang tiada akhirnya.Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Rebutlah 5 peluang sebelum datangnya 5 ancaman.
1) Muda sebelum tua
2) Sihat sebelum sakit.
3) Lapang sebelum sibuk.
4) Kaya sebelum miskin.
5) Hidup sebelum mati.

"Segerakanlah mengerjakan amal-amal soleh sebelum kamu sibuk, dan adakanlah perhubungan kamu dengan tuhanmu dengan perbanyakkan zikir."(H.R Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah lagi" Kebanyakan manusia terpedaya dalam 2 nikmat:iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang" (H.R Bukhari,Tarmizi dan Ibnu Majah)


Kita sentiasa dilalaikan dengan aktiviti-aktiviti yang merugikan dan lagha(perbuatan yang sia-sia).Adapun mengharapkan keampunan dan bercita-cita masuk syurga ALLAH tanpa usaha dan amal adalah perkara yang bodoh dan keliru.

ALLAH berfirman yang maksudnya" Barang siapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka,padahal Syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain tipuan belaka."An-Nisa:119-120

Khamis, 30 September 2010

Berbaktilah pada orang tuamu.


Allah telah memerintahkan berbakti dan berbuat baik pada orang tua serta larangan menderhaka terhadap mereka.Allah SWT berfirman; Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya.

Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai umur lanjut dalam peliharaanmu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan 'AH' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan lah kepada mereka perkataan yang mulia.Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayangmu dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku,kasihilah mereka berdua,sebagaimana mereka berdua mengasihiku dan mendidikku waktu kecil."(Al-Israa;23-24)

Rasulullah saw sabda," Ridha Allah ada dalam redha kedua orang tua dan murka Allah ada dalam murka kedua orang tua."(hadis sahih diriwayatkan oleh At-tirmizi,Ibnu Hibban, Hakim,Ath-Thabrani dan Al-Bazzar.

Kesimpulannya,hak orang tua adalah hak yang paling besar setelah hak Allah dan rasulnya.Oleh itu,berbaktilah dan berbuat baiklah kepada mereka.sentiasalah menjaga hati dan perasaan mereka.Semoga rehda Allah akan selalu bersama kita.