Selasa, 5 Oktober 2010

Bahaya Menangguhkan Ketaatan

Setiap manusia terdedah oleh pelbagai bencana dan pekerjaan yang tiada akhirnya.Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Rebutlah 5 peluang sebelum datangnya 5 ancaman.
1) Muda sebelum tua
2) Sihat sebelum sakit.
3) Lapang sebelum sibuk.
4) Kaya sebelum miskin.
5) Hidup sebelum mati.

"Segerakanlah mengerjakan amal-amal soleh sebelum kamu sibuk, dan adakanlah perhubungan kamu dengan tuhanmu dengan perbanyakkan zikir."(H.R Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah lagi" Kebanyakan manusia terpedaya dalam 2 nikmat:iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang" (H.R Bukhari,Tarmizi dan Ibnu Majah)


Kita sentiasa dilalaikan dengan aktiviti-aktiviti yang merugikan dan lagha(perbuatan yang sia-sia).Adapun mengharapkan keampunan dan bercita-cita masuk syurga ALLAH tanpa usaha dan amal adalah perkara yang bodoh dan keliru.

ALLAH berfirman yang maksudnya" Barang siapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka,padahal Syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain tipuan belaka."An-Nisa:119-120